TAMAN NEGARA PULAU KUKUP, JOHOR
Alamat: Lot 139, Mukim, Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia
PULAU SIBU, JOHOR
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Sibu adalah snorkeling, sukan air seperti flying fish, wind surfing, banana boat rides dan sunset crusing.
PULAU RAWA, JOHOR
Pulau Rawa adalah sebuah pulau yang kaya dengan terumbu karang dan hidupan laut.
PANTAI DESARU
Pantai Desaru memiliki pasir yang putih, pantai yang bersih dan barisan pohon ru yang cantik. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah memancing, berperahu, berenang, kembara denai dan aktiviti luar yang lain.
PANTAI KAMPUNG AIR PAPAN
TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN
GUNUNG LEDANG, JOHOR
AIR TERJUN KOTA TINGGI, JOHOR
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI BATU PAHAT
Batu Pahat Adalah Sebuah Bandar yang Terletak di salah Sebuah Daerah di Johor. Ianya dikenali sebagai Bandar Penggaram pada suatu masa dulu. Di Batu Pahat, tempat-tempat berikut adalah antara tempat yang menjadi tumpuan untuk mengisi masa anda sambil membeli belah:
Pekan Ayer Hitam
Ayer Hitam adalah titik pertemuan dua daerah iaitu Batu Pahat dan Kluang. Tarikan utama Ayer Hitam ialah kelengkapan barang-barang rumah, barang perkahwinan serta terdapat barangan seramik. Kilang Claytan turut berada di Ayer Hitam dimana ia menjual pada harga yang sangat berpatutan. Selain itu, terdapat barang permainan seperti Soft Toys untuk kanak-kanak. Tidak dilupakan barang makanan seperti kerepek serta hasil pertanian tempatan turut boleh didapati di sini.
Pasar Karat
Pasar Karat menjadi favourite untuk mereka yang ingin mencari barang-barang High End namun ianya adalah Second Hand. Barang-barang ini datangnya dari Singapura dan dibawa masuk oleh mereka yang tinggal di kawasan-kawasan berdekatan jeti. Pasar karat menjanjikan harga termurah kerana aktiviti tawar-menawar akan dilakukan. Kebanyakan barangannya adalah yang bermutu tinggi. Selalunya ramai pengunjung akan datang ke Pasar Karat selepas Subuh sebab ia mempunyai Konsep “Kena Datang Awal Pagi!!! Baru Dapat Barang Kualiti...!!!”
Batu Pahat Mall
Batu Pahat Mall atau lebih dikenali sebagai BP Mall adalah Shopping Complex yang terletak di Kampung Istana Batu Pahat. Ia dilengkapi dengan pelbagai barangan mahupun pakaian yang cantik dan menarik untuk anda membeli-belah. BP Mall juga mempunyai panggung wayang dan Food Court. Tempat permainan kanak-kanak juga ada disini. Semua kelengkapan dan kedai-kedai yang ada di BP Mall menjanjikan kemudahan dan keselesaan untuk anda.
Aeon Big, Batu Pahat
Di Batu Pahat terdapat Pasaraya Aeon Big atau dulunya lebih dikenali sebagai Carefour. Ianya terletak di Bukit Pasir, Batu Pahat. Terdapat pelbagai barangan dan kemudahan di pasaraya ini. Ia menjual segala keperluan anda pada harga yang sangat berpatutan.
Square One Shopping Mall
Square One Shopping Mall terletak bersebelahan dengan pasaraya Aeon Big, Batu Pahat. Di Square One Shopping Mall, ia mempunyai Parkson yang menjual pelbagai kelengkapan harian. Di kawasan yang berhampiran ini terdapat MacDonald, Petronas, Jakel, Gulati’s, Cinema dan lain-lain lagi. Di sini juga terdapat panggung wayang MBO untuk movie-movie yang terkini.
The Summit Batu Pahat
The Summit Batu Pahat adalah shopping complex yang Terawal di Bandar Batu Pahat. Ia terletak di Jalan Bakau Condong, Batu Pahat. The Summit merupakan tumpuan kebanyakan remaja untuk berjalan bersama kawan-kawan makan dan bergembira.
No comments:
Post a Comment